“Jika kita benar-benar cintakan si dia, biarkan dia pergi. Andai kata dia kembali itu bermakna si dia milik kamu”
Pernah dengar tak pepatah seperti ini ?
Jangan bersedih jika hubungan kamu gagal! Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kelak, mana tahu satu hari nanti si dia berubah hati untuk kembali mendapatkan kita semula. Betul tak ?
Jadi, jom ketahui 13 tanda bila ‘ex-boyfriend’ ingin kembali mencuri hati kita!
1) LUAHKAN RINDU
Tiba-tiba sahaja si dia call / message mengatakan keluarganya rindu pada kamu! Eh! Kalau dah putus kenapa tidak berterus terang sahaja dengan ibu bapa hal sebenarnya. Betul tak ? Nampak sangat sebenarnya si dia yang merindui kamu bukannya keluarganya.
2) KERAP TERSEREMPAK
Kemana sahaja kamu pergi, kamu pasti akan ternampak kelibatnya. Kadang-kadang tengah hangout dengan kawan-kawan pon boleh terserempak dengannya. Persoalan di sini adakah ia memang kebetulan atau di sengajakan ? Tidak mustahil juga jika si dia memang merancang untuk terserempak dengan kamu!
3) SENTIASA BERHUBUNG
Ada satu ketika, si dia hubungi kamu hanya ingin bertanya pendapat. Kalau sekali dua taka pa lah, ini boleh di katakana setiap kali terpaksa membuat keputusan sahaja si dia pasti akan hubungi kamu untu bertanyakan pendapat dan pandangan. Itu menunjukan kamu masih penting dalam hidupnya! Ye lah, jika tidak mengapa si dia sangat memerlukan ‘kata-kata’ dari kamu!
4) BERHUBUNG MELALUI KAWAN-KAWAN
Sejak kamu putus, si dia terus menyepi. Tetapi bila kawan-kawan kamu mula memecahkan rahsia, sepanjang si dia menghilang sebenarnya si dia sering berhubung dan bertanya khabar tentang kamu melaui kawan-kawan, itu bermaksud si dia masih mengingati kamu.
5) TETAP MELAYAN
Walaupun adakalanya kamu hubunginya di waktu yang salah dan tidak kena seperti tengah malam, si dia tetap melayan kamu dan langsung tidak menunjukan si dia di ganggu itu bermakna si dia memang menunggu saat-saat itu. Bayangkanlah, si dia sanggup bersengkang mata semata-mata ingin berbual dengan kamu. Jika dia benar-benar sudah membenci dan melupakan hubungan kamu berdua pasti si dia tidak pedulikan panggilan kamu.
6) TERSASUL NAMA PANGGILAN
Bila sedang berbual tiba-tiba si dia terpanggil kamu ‘sayang’ atau apa sahaja nama panggilan manja kamu berdua sewaktu bersama dahulu.
7) MENGUNGKIT KENANGAN MANIS
Masih ingat apa yang kamu suka dan sering mengungkit segala kenangan manis kamu berdua walaupun hakikatnya mulut sudah beribu kali mengatakan “kita sudah tiada apa-apa”.
8) RINGAN MULUT
Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan, si dia masih menceritakan perkembangannya pada kamu hingga menyebabkan kamu rasa seperti “eh kenapa nak cerita kat aku! Kita kan dah tak ada apa-apa”.
9) SENTIASA MENYOAL
Si dia sering bertanya, “walaupun kita dah putus, kita masih berkawankan ?” itu bermaksud si dia memang takut kehilangan kamu. Ialah, mana tahu jika kamu sudah ada penganti kamu akan lupakan si dia!
10) STALK
Setiap kali kamu upload status dan gambar di facebook atau apa sahaja sosial media, setiap kali itu lah si dia akan like dan komen status dan gambar kamu! Hmmm, nampaknya si dia tahu setiap perkembangan kamu itu bermakna ada yang sedang stalk profile kamu!
11) SERING MEMINTA MAAF
Aduh! Si dia sering sahaja SMS kamu dan whatsapp meminta maaf atas segala kesalahannya walaupun hakikatnya sudah berkali-kali kamu nyatakan kamu sudah memaafkan segala kesalahannya dahulu!
12) BERCAKAP TANPA HENTI
Bila dah berbual, ada sahaja topik yang si dia ingin bincangkan. Sampai adakalanya kamu pula terpaksa cari jalan untuk mengakhiri perbualan itu.
13) BERUBAH DAN MASIH SOLO
Nampaknya si dia sudah berubah. Jika kamu berpisah dengan si dia kerana si dia mata keranjang, tapi selepas putus si dia masih solo itu bermakna si dia benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi.
0 comment:
Post a Comment